Khamis, 18 Disember 2014

rawatan islam perlis

Assalamualaikum.
Untuk maklumat semua Pusat Rawatan Islam Ehsan At Thobibi membuat rawatan seperti berikut:
Tarikh : 18-19-20 Disember 2014.
Hari : khamis jumaat sabtu sahaja
Masa : 08.30 Malam - 11.30 Malam.
Tempat : Di No 23 Bawah, Jalan Sena Indah, Taman Sena Indah, 01000 Kangar perlis.
(belakang agro bazar fama, bersebelahan sena cafe)
Bagi yang ingin mendapatkan Rawatan boleh la SMS Nama / hubungi ke 0195190089

Ahad, 7 Disember 2014

Khidmat rawatan :

Kaedah Pengubatan Islam merupakan satu cabang usaha pesakit dalam mencari kesembuhan penyakit yang sedang dialami. Walaubagaimanapun, ia bukanlah bertujuan untuk mengambil alih peranan rawatan moden. Malah ia juga bukanlah untuk rawatan penyakit yang berpunca dari Makhluk Halus semata– semata. Pengubatan Islam adalah suatu kaedah yang berasaskan wahyu Ilahi yang diturunkan melalui al-Quran dan as- Sunnah. Ia juga bertemakan amalan as- Salafussoleh, Ahluz- Zikr dan pengalaman ahli pengubatan Islam yang muktabar.
Pengubatan Islam sekali-sekali tidak boleh dicampur-adukkan diantara yang halal dan haram. Ia juga menolak secara keseluruhan kaedah yang berunsur syirik. Tambahan pula ianya merupakan satu ibadah bagi setiap Mu’min yang mencari keredhaan Allah s.w.t. Setiap Mu’min disuruh untuk berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihidapi. Penyakit juga suatu penghapus dosa dan mati di dalamnya membawa hati yang sejahtera di sisi Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t :
وَنُنَـزِّلَ مِنَ الْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفآءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ  وَلاَ يَزِيْدُ الظَّالِمِينَ إِلاَّ خَسَاراً.
“ Dan Kami turunkan daripada al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang –orang yang zalim selain kerugian.”
                                                                                                            ( Surah al-Isra’ : 82 )
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً – رواه البخاري –
 Mafhumnya : Rasulullah s.a.w bersabda: “ Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya.”
( Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari )
Kami PUSAT RAWATAN ISLAM EHSAN AT THOBIBI hanya berikhtiar untuk membantu, ada usaha kami dan doa-doa kami yang dimakbulkan da nada juga yang Allah s.w.t tangguhkan. Yang paling penting kita semua berikhtiar bersungguh – sungguh dengan ikhlas kerana Allah s.w.t

Isnin, 1 Disember 2014

Rawatan islam PERDANA DI MATIN -MAHAAD TAHFIZ IMAM AN NAWAWI bersama (ustaz shamsuri shafie ) exco Gappima

Assalamualaikum wbt,
Kepada MASYARAKAT PERLIS !!!
Temui Al Fadhil Ustaz Dato'Shamsuri Shafie Dan Team At Tobibi
dalam Program Rawatan Perdana di PERLIS.
Tarik: 13/12/2014 Hari SABTU
Tempat: MA'HAD TAHFIZ AL-QURAN AL- IMAM AN- NAWAWI,
PERLIS, KAMPUNG ABI PADANG MACHANG
01000 KANGAR PERLIS.

Masa: 9.00 pagi-3.30 petang.
Sebarkan



Ahad, 30 November 2014

antara simptom-simptom yang menunjukkan adanya gangguan Jin dan Syaitan

Berikut adalah antara simptom-simptom yang menunjukkan adanya gangguan Jin dan Syaitan (angkara Sihir, Saka atau Lintasan) di Rumah atau Premis Perniagaan (kedai, pejabat dll) berkenaan:
1. Bau wangian / kemenyan / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
2. Bayi kerap menangis bila berada dalam rumah / premis perniagaan
3. Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya
4. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
5. Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)
6. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)
7. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah
8. Bunyi pasir / benda berat jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
9. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
10. Kedai / Pejabat tidak dapat dilihat oleh pelanggan / seperti tidak beroperasi
11. Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
12. Makanan yang telah dimasak mudah menjadi basi
13. Melihat lembaga / jin / hantu secara terus
14. Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama
15. Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik
16. Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
17. Rasa resah gelisah tanpa sebab bila berada di dalam rumah / premis perniagaan
18. Sering terasa seram bila berseorangan di dalam rumah / premis perniagaan
19. Selalu melihat kelibat / bayangan di dalam rumah / premis perniagaan
20. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
21. Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
22. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
23. Suami isteri / penghuni rumah / pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil
24. Suhu di dalam rumah / premis perniagaan terasa aliran bahang panas
25. Tanda lebam pada anggota badan
26. Terasa ada lembaga tidur bersama / bersetubuh / menganggu / berdialog ketika tidur
27. Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
28. Terasa bahu ditepuk dari belakang
29. Terasa terkena renjisan air
30. Udara di dalam rumah / premis perniagaan berasa mampat
dan sebagainya lagi…

PENTING: Jika anda ada mengalami sekurang-kurangnya TIGA (3) simptom yang disenaraikan di atas, segeralah berjumpa dengan Perawat Islam yang bertauliah diyakini untuk mendapatkan ikhtiar rawatan. Gangguan Jin dan Syaiton yang berterusan boleh membawa kepada berbagai gejala Penyakit dan Masalah yang lebih serius..
Maklumat lanjut boleh menghubungi Talian Rawatan

PUSAT RAWATAN ISLAM EHSAN
019 5190089


Khamis, 27 November 2014

Jadual minggu ini

Assalamualaikum

jadual rawatan pusat rawatan islam Ehsan

PADA : 27-28-29 / NOVEMBER / 2014

KHAMIS -JUMAAT -SABTU

RAWATAN JAM : 8.30 MALAM

UNTUK TEMUJANJI SILA HUBUNGI : 019 5190089

BERSAMA : Ustaz Muhammad Ehsan Hishamudin At Thobibi

Rabu, 26 November 2014

madu as syifa


KHASIAT:
-Melancarkan perjalanan darah.
-Penyakit angin pasang.
-Mandul.
-Penyakit lumpuh.
-Menguatkan tenaga jasmani.
-Senggugut.
-Luka dalaman
-Batuk dan asma (lelah)
-Melancar dan melawaskan pembuangan air.
-Bisa-bisa dan sengal-sengal anggota badan.
-Sakit perut
-Lesu tidak bermaya
-Penyakit gangguan SIHIR/SANTAU