 |
Berubat itu tidak salah tapi biarlah berlandaskan islam |
"
USTAZ AGAK-AGAK BAPE EKOR JIN ADA DALAM BADAN SAYA? ARI TU MASA PEGI
RAWAT........ADA 44 EKOR, AGAK-AGAK SEKARANG ADA BAPE EKOR YANG
TINGGAL?"
# sebagai perawat saya selalu terima persoalan begini...,situasi ini
amat menyedihkan kerana ramai pesakit-pesakit saya tertipu dgn HELAH dan
kehebatan perawat (sesetengah tu perawat yg mengamalkn ruqyah
syar'iyyah) yang boleh beritahu
bape ekor jin yg berada didalam badan pesakit. Ini sekadar pandangan
saya yang kurang ilmu dan hamba Allah yg lemah. Segala kehebatan dan
kesembuhan hanya dari Allah yg Maha Berkuasa!!
Sahabat-sahabat,
saya senaraikan disini ciri-ciri perawat islam yang didampingi tipu
helah jin (yang boleh membawa kepada syirik)
1- Ada
perawat yang boleh mengetahui punca sakit pesakit sebelum sempat
pesakit membuka cerita, persoalannya? bagaimana seorang perawat boleh
tahu punca sakit tanpa di beritahu jika bukan..(1)
ada jin yg beritahu (2) pandai reka cerita tipu@skrip yg di ulang-ulang
(3) perawat-perawat pun manusia biasa juga tak de kelebihan pon yang
berkuasa hanya Allah (4) hanya Rasulullah SAW manusia paling hebat dan
mempunyai pelbagai kelebihan yang dikurnia kn Allah (5) perawat hanya
manusia yang tak lari dari kesilapan (5) sebab tu di pusat rawatan saya,
pesakit perlu isi borang tanda-tanda awal gangguan jin..insyaallah
melalui borang tu saya dapat tahu latar belakang pesakit dan ape yg
terjadi pd nya
2- Ada
perawat yang akan bertanya nama pesakit. Ada yang perlu nama ibu
pesakit sekali. Yang lebih hebat, tak perlu tanya nama pun. Ada juga
yang hanya tengok gambar pesakit. Ada yang menengok dari jarak
jauh....dan terus tahu punca sakit. Hebat nya!! Bagi pihak saya sendiri,
jika pesakit terlalu uzur@tak mahu dirawat saya akan minta wakil
keluarga@waris datang bawakn gambar dan nama pesakit bt ibu atas tujuan:
(1) saya akan buat solat hajat khas utk pesakit berpandukan nama yg
diberi (kerana pesakit saya ramai, mana mampu saya yg lemah ni nk hafal
semua kisah pesakit) (2) saya hanya tahu keadaan pesakit berpandukan
cerita yg diberitahu oleh wakil keluarga dan selalunya jawapan saya
mestilah berpandukan 'tanda-tanda awal gangguan jin pd manusia" * rujuk
dalam blog saya (3) pandangan perbadi saya, rawatan JARAK JAUH yang ada
dalam rawatan Islam hanyalah tolong solat hajat dan doakan pesakit itu
sahaja, yang selebihnya bergantung pada usaha yang penuh disiplin dan
konsisten, zikir, solat hajat dan doa dari diri sendiri@keluarga pesakit
itu sendiri.
3- Ada
perawat yang dapat memberitahu jenis jin dalam badan pesakit, siap
dengan jantinanya sekali. Yang pernah saya dengar, “Dalam badan kamu ni
ada 13 ekor jin. 7 jantan 6 betina”. Kecut perut pesakit
mendengarkannya...keluar dari bilik rawatan, confirm tambah sakit..dok
fikir dan kira mcmne nk buang ni..kan? dan menyusahkan
lagi....Sahabat-sahabat pahami pengertian Surah Al-A’raf ayat 27, Allah
telah berfirman “Sesungguhnya jin@syaitan itu dapat melihat kamu dari
tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka”.
Sebenarnya mata manusia itu telah dihijab oleh Allah untuk tidak dapat
melihat syaitan (suatu nikmat yg patut kita syukuri mata kita xdapat
lihat jin@syaitan) Jadi, cuba fikir dengan akal yang diberi oleh
Allah..# bagaimana ada manusia yang boleh melihat jin dan tahu bape ekor
pulak tu...?kalo bukan, dia sendiri didampingi jin@kuat menipu@pandai
karang skrip. Walaubagaimanapun
dengan izin Allah, ada manusia yang diganggu jin dapat melihat jin
dalam bentuk jelmaan mereka (iaitu pocong, hantu raya, pontianak dan
kaum kerabat mereka yang lain). Apabila manusia diganggu atau disakat
barulah jin menunjukkan wajah-wajah “tampan@cun” jelmaan mereka.
Sebenarnya perawat yang dapat melihat jin juga telah diganggu (sakit).
Cuma gangguan ke atas mereka bukanlah disakat sepertimana pesakit
disakat, tetapi gangguan ke atas perawat ini adalah dalam bentuk
pendampingan jin ke atas mereka (untuk membantu mereka merawat) dan ini
perbuatan syirik.
4. Ilmu
rawatan adalah ilmu yang perlu dipelajari, perlu berguru (bersanad).
Sebenarnya semua ilmu perlu ada gurunya. Rasulullah saw sendiri berguru
dengan Malaikat Jibrail apabila baginda menerima ayat-ayat Al-Quran.
Tanyalah perawat tentang guru mereka dan jemaah mereka. Kiranya jawapan
perawat adalah seperti di bawah, tinggalkanlah mereka:
# Biasanya mereka yang tidak berguru mempunyai kebolehan seperti yang dinyatakan diatas (1,2 dan 3)
1) Saya tidak berguru. Saya mendapat ilmu ini melalui mimpi.
2) Saya tidak berguru. Saya boleh merawat selepas sembuh daripada sakit teruk.
3) Saya tidak berguru. Tiba-tiba sahaja saya boleh merawat. Allah nak beri kelebihan ini kepada saya.
4) Saya tidak berguru. Ilmu ini saya dapat di Mekah dan ilmu saya bertambah setiap kali saya ke Mekah.
5) Aku guna ayat Al-Quran jugak...sambil berasap kemenyan. Kalau
dulu, asap kemenyan popular digunakan untuk menyeru jin. Sekarang
perawat sudah pandai “advance@cover line” dengan menggunakan asap rokok
(sebelum rawatan atau waktu berehat sekejap), asap ubat nyamuk, bahkan
ada yang menggunakan asap daripada ais kering.
6)
Ada keistimewaan (hasil bantuan jin pedamping) seperti dapat meramal
tempat barang hilang, merawat menggunakan pisau, ada tangkal, cincin yg
ada khasiat tertentu dan bermacam-macam lagi.
7) Kehidupan sehariannya tidak melaksanakan ajaran Islam yang sebenar@angkuh dengan kemampuan merawat.
Rasulullah
saw bersabda “Sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka
sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).” (Hadis riwayat
al-Bukhari dan Muslim).
Apabila
kita tidur, sebahagian roh kita akan keluar dari tubuh dan memasuki
alam ghaib. Di alam ghaib, roh kita bertemu dengan banyak makluk ghaib
termasuk jin dan syaitan. Jadi syaitan berupaya untuk mengajar atau
memberi ilmu yang bathil kepada kita melalui mimpi. Jin Islam biasanya
akan mengajarkan ayat-ayat Al-Quran. Apabila diamalkan ayat-ayat
tersebut, jin itu akan datang kerana menganggap dirinya telah diseru.
Jadi, mana mungkin ada perawat-perawat yang mampu mimpi syeikh, tuan
guru, alim ulama' kecuali semua itu tipu daya syaitan. Hanya Rasulullah
saw manusia terakhir dan paling istimewa untuk menerima ilmu melalui
mimpi. Kita sebagai manusia biasa perlukan GURU dan belajar secara
berdepan. Apabila
kita sakit teruk, badan kita lemah dan mudah diganggu oleh syaitan.
Pada ketika ini mudah bagi mereka mendampingi kita, lantas kita berupaya
melakukan perkara-perkara yang luar biasa seperti merawat. Sama juga
apabila pendinding diri kita lemah, syaitan mudah untuk membuat tipu
daya sedangkan sebenarnya mereka mahu mendampingi kita.
5. Buat
kenduri, perawat minta disembelihkan ayam atau dibuat pulut kuning dan
ayam golek. Lalu pesakit perlu meletakkan jamuan ini di bawah pokok
besar. Perawat pun memberitahu kepada jinnya “Kamu pergi tunggu bawah
pokok sana dan akan datang orang membawa makanan untuk kamu”. Ini
dipanggil proses menjamu supaya jin datang membantu atau untuk merasuah
jin supaya berhenti mengganggu. Sekarang
perawat sudah pandai “advance@cover line” juga. Pesakit diminta untuk
membuat kenduri doa selamat di masjid, rumah sendiri atau rumah anak
yatim. Bunyinya seolah-olah tiada masalah daripada segi syariah. Tetapi
ianya bermasalah apabila perkara ini menjadi syarat dalam proses
rawatan. Sebenarnya apa yang terjadi ialah perawat akan meminta jinnya
untuk pergi ke masjid, rumah pesakit atau rumah anak yatim ketika
kenduri doa selamat itu dilaksanakan. Biasanya, dalam situasi ini,
perawat menggunakan jin Islam. Hati-hati sahabat-sahabat, pasti kan bila
menerima rawatan...perawat tidak mreletakkan sebarang syarat contohnya
putus ubat kena bawa barang besi, rawatan hanya 3 kali jika tak sembuh
juga kena kenduri dan macam-macam lagi.
6.
Ada perawat yang minta pesakit bawa kain. Kain tidak menjadi masalah
tetapi ianya bermasalah apabila perkara ini menjadi syarat dalam proses
rawatan. Terdapat jin yang dijamukan (rasuah juga) dengan kain,
contohnya kain berwarna kuning, merah, hitam, kain pelikat ataupun kain
batik. Kadang-kadang
bahan-bahan rawatan diletakkan di atas kain-kain ini untuk dijampi. Ini
dipanggil pengeras atau pun rasuah pada jin.
7. Bedah Batin, ada 2 kaedah:
1)
Perawat hanya melakukan aksi-aksi melalui gerakan tangan sambil membaca
ayat-ayat Al-Quran, lantas pesakit dapat sembuh. Kaedah ini menggunakan
jin dan kaedah ini tidak pernah dibuat oleh Rasulullah saw. Majlis
Fatwa Kebangsaan juga telah mengharamkan kaedah ini. Harus ditekankan di
sini bahawa Rasulullah saw tidak pernah membedah secara batin, tetapi
baginda sendiri telah dibedah secara nyata /fizikal dan pembedahan itu
dilakukan oleh Malaikat.
2)
Perawat membedah secara fizikal dengan pisau atau gunting biasa.
Kemudian ditampal tempat yang luka dengan selotape. Kemudian pesakit
sembuh. Secara logiknya, bagaimana pembedahan yang berisiko tinggi boleh
dilakukan tanpa alatan canggih dan tanpa bius. Kemudian boleh terus
pulih dalam masa beberapa minit. Ini dinamakan sihir (melihat perkara
yang sebenarnya tiada). Kesian doktor-doktor nak bedah jenuh belajar
tapi perawat yang didampingi jin senang sahaja mendapat kepercayaan
pesakit kerana nampak hebat pada mata kasar, sedangkan hukumnya syirik
dan berdosa besar tidak akan diampunkan Allah kecuali taubat nasuha. Amat
penting untuk kita semua ketahui bahawa walaupun perawat membaca
ayat-ayat Al-Quran, jin tetap boleh mendampinginya kerana jin pun boleh
membaca ayat Al-Quran terutama jin Islam.
8. Perawat
menggosok pesakit dengan telur dan pesakit sembuh ataupun bahan sihir,
bisa atau batu karang dikeluarkan daripada tubuh pesakit. Sekiranya
telur dibuka akan keluar bermacam-macam objek, itu dinamakan sihir
(melihat perkara yang sebenarnya tiada.Walaubagaimanapun
yang lebih penting di sini, telur adalah merupakan antara makanan
kegemaran jin. Apabila perawat menggosok atau menggolek telur ke badan
pesakit, sebenarnya perawat itu sedang menjamu jin di dalam badan
pesakit. Sama konsepnya dengan pulut kuning dan ayam golek di bawah
pokok besar. Jin sedang dirasuah. Harus diingat jin makan bukan macam
manusia makan. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa tulang makanan yang
kita makan adalah makanan jin, tetapi kita tak pernah melihat
tulang-tulang itu luak atau hilang dimakan. Maka telur yang dimakan oleh
jin semasa digolek pada badan pesakit tidak akan luak juga.
9. Perawat
yang menggunakan khidmat khadam atau jin sudah tahu agak sukar untuk
mereka mencari makan sekarang atau memasarkan perkhidmatan mereka
(banyak program-program tv@internet sudah beri penjelasan). Maka mereka
membuat proses “rebranding”. Kini perawat ini mengatakan mereka merawat
dengan bantuan malaikat bukannya jin. Ramai pesakit yang tertipu dan
merasakan perawat ini begitu hebat kerana para Malaikat pun sanggup
menjadi pembantu perawat ini. Mungkin juga perawat itu sendiri tidak
sedar bahawa mereka telah tertipu dengan helah syaitan yang begitu
kreatif dalam menyesatkan manusia. Mungkin syaitan itu telah mengaku
bahawa dirinya Malaikat. Tertipulah si perawat lagi. Jangan kita terlalu
mengagungkan perawat, kerana mereka juga manusia biasa yang hanya
memberi pertolongan, selebihnya atas kuasa Allah yang Maha Berkuasa!
Pesanan saya:
Surah
Al-Jin ayat 6 Allah telah berfirman, “Terdapat segolongan manusia
lelaki meminta pertolongan daripada segolongan jin lelaki, dan jin itu
telah menjadikan manusia itu bertambah sesat.”Jadi sememangnya manusia tidak boleh bekerjasama dengan jin.
Keduanya,
kita takut jin yang mendampingi perawat akan mendampingi pesakit pula.
Ini memang terjadi kerana jin itu menganggap bahawa dialah yang
menyembuhkan atau melindungi pesakit. Ramai pesakit yang selepas
selesai berubat dengan perawat yang didampingi jin merasakan seolah-olah
ada sesuatu yang memerhatikan mereka atau mereka mula melihat kelibat
makhluk atau bermimpi bertemu makhluk ghaib.
Ketiganya,
pesakit mungkin boleh cepat sembuh apabila dirawat dengan bantuan jin.
Tetapi sebenarnya jin di dalam badan pesakit telah bertambah.
Cuma jin-jin ini tidak menyakitkannya sahaja. Jin perawat dan jin yang
mengganggu telah bersetuju dan membuat perjanjian untuk tidak lagi
menyakitkan pesakit. Walaubagaimanapun, jin-jin ini akan mengganggu
dalam bentuk yang lain. Contohnya, pesakit dapat istiqomah melakukan
solat-solat malam dan 4 solat fardhu tetapi tidak mampu langsung untuk
bersolat subuh. Ramai pesakit saya mengalami keadaan ini, bagi apalah
sangat kita sihat tapi tak boldeh nak laksanakan ibadat yang menjadi
tanggungjawab kita.
Inilah
sebab-sebabnya saya nak membantu sahabat-sahabat belajar dan dapat ilmu
mengenai rawatan islam #yang amat penting sekali kerana setiap kita
akan dipertanggungjawabkan keatas apa yang telah kita lakukan. Ada
perhitungan dengan Allah di akhirat nanti. Segala yang benar itu
datangnya daripada Allah Yang Maha Pencipta, yang bathil itu datangnya
hanya daripada kelemahan saya makhluk yang diciptaNya. Allahualam