Ahad, 13 April 2014

KHURAFAT MENURUT ISLAM



PENGARUH DAN KESANNYA KEPADA AQIDAH UMAT ISLAM


PENDAHULUAN

Sebelum
kedatangan Islam, penduduk di Nusantara mempunyai pegangan dan
keyakinan tentang adanya kuasa ghaib yang mereka tidak nampak tapi dapat
mereka rasai kesannya.

DINAMISME

Kepercayaan adanya tenaga yang tak berperibadi dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda dan kata-kata.

Tenaga yang tak berperibadi 'MANA' Prestasi yang luar biasa yang dipunyai pemiliknya, Kulit Limau Besar, Daun Silat, Inggu, Besi Berani, Keris dll.

ANAMISM

Kepercayaan adanya jiwa dan ruh yang dapat mempengaruhi alam manusia

  1. Ruh atau anasir halus yang�mempunyai kekuatan dan kehendak .
  2. Kesenangan ruh perlu dijaga dan dipelihara.
  3. Ruh org mati,gunung,sungai,batu dll.
HINDU

Kepercayaan kepada dewa-dewa

  1. Dewa lebih berkuasa, lebih tinggi & mulia.
  2. Penyembahan dewa lebih umum
  3. Mempunyai pekerjaan-pekerjaan tertentu
DEFINISI KHURAFAT

Kamus Bahasa Arab:

(al-Mujam al-Wasit) Cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta

(al-Marbawi) Cerita karut (karut marut)

Kamus Dewan:

KHURAFAT

Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.

Kesimpulannya

KHURAFAT 

Semua
cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang,
adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang
menyimpang dari ajaran Islam

Khurafat adalah bidah akidah

Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

CIRI-CIRI KHURAFAT

  1. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam.
  2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.
  3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
  4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.
  5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.
  6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus
BENTUK-BENTUK KHURAFAT

Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga, batu, bukit, tongkat dan sebagainya.

KERAMAT

  1. Perkara yang luar biasa.
  2. Anugerah Allah kepada hambanya yang salih.
  3. Terjadi daripada orang salih.
  4. Bukan dari benda-benda seperti tembikar, kubur, pokok dll.
  5. Bukan dari orang fasik.
  6. Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan sebagainya.
  7. Kepercayaan
    kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat
    memuja kampung, adat merenjis tepung tawar adat pantai dan sebagainya
TIDAK ADA SANGKAAN SIAL DLM ISLAM

Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:

Tidak ada burung, tidak ada penyakit menular dan tidak ada sial.

Anggapan sial itu adalah syirik. (ini diucapkan oleh Nabi sebanyak 3 kali)

JIN

  1. Makhluk alam ghaib yang berakal, berkehendak, sedar dan ada kewajipan.
  2. Ia berjasad halus dan hidup bersama-sama manusia di dunia ini. 
  3. Jin dicipta lebih dahulu daripada manusia.
  4. Ia dicipta daripada api. Firman Allah dlm Al-Hijr 15: 26-27 yang bermaksud
Dan
sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada tanah liat yg
kering (yang berasal) dari Lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami
menciptakan jin, sebelum itu, dari. api yg sangat panas.
 

Firman Allah:

وأنه كان رجال من الإنس يعوذون برجال من الجن فزادهم رهقا 

Maksudnya 

Dan
sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan
kepada beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan
kesalahan bagi mereka.
(Al-Jin 72: 6) 

Kepercayaan
kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat
padi yang dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat
padi) dan membuang ancak di sungai dan laut dan bermain pantai.


Rezeki Pemberian Allah

Firman-Nya Yg Bermaksud: Kamilah Yg Memberi Rezeki (Hud : 6)

Hendaklah Berusaha Banyak / Sedikit Ketentuan Allah

Kepercayaan
kepada petanda-petanda, pantang larang dan mimpi. Contohnya seperti
tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala
dan sebagainya.


Sabda rasululullah s.a.w
yang bermaksud: mimpi ada tiga jenis: mimpi yg datang dari allah, mimpi
kesedihan yang datang dari syaitan dan mimpi yg datang dari kesan
bisikan hati seseorang di waktu sedar, lalu dilihatnya dlm mimpi.


Memuja objek-objek tertentu, pohon, roh nenek moyang, kubur-kubur yang dianggap wali dan sebagainya.

Percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu.

Sabda Rasulullah s.a.w

Janganlah
Engkau jadikan kuburanku sebagai berhala yang disembah. Sangat murka
Allah terhadap orang-orang yang membuat makam-makam para nabi sebagai
tempat ibadat.


HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT

Segala
amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang
asal seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh
Islam. Sabda Rasulullah


من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد 

Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.

Percaya
kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga
dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar
pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari
Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah membawa kepada syirik dan
bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.


ولا تدع من دون الله ما لا ينفعك ولا يضرك فان فعلت فانك إذا من الظلمين 

Dan
janganlah menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat
mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat memberi mudharat
kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau
orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan
syirik itu
)

أوسحر أو سحر له

Bukan
dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan
kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan
atau meminta disihirkan.
 

Sabda Rasulullah

إن الرقى والتمائم والتولة شرك

Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan guna-guna itu syirik.

من علق تميمة فقد أشرك 

Sesiapa yang memakai tangkal, maka ia telah melakukan kesyirikan.

KESAN KHURAFAT TERHADAP UMAT ISLAM

  1. MEROSAKAN AKIDAH
  2. MENAMBAHKAN AMALAN BID'AH
  3. HILANG KEPERCAYAAN�KEPADA QADA DAN QADAR
  4. HILANG SIKAP BERUSAHA
  5. MUDAH BERPUTUS ASA
TIDAK BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH

Bahaya
yang paling besar akan dihadapi umat Islam jika mempercayai khurafat
dan beramal dengannya ialah terjerumus ke lembah kesyirikan.


SYIRIK

MENYEKUTUKAN ALLAH DENGAN SESUATU

SYIRIK

  1. Perkara Yang Diharamkan
  2. Pelakunya Tidak Akan Diampunkan
  3. Segala Amalannya Dibatalkan

قل تعالوا أتل ما حرم ربكم عليكم ألا تشركوا به شيئا (الأنعام : 151) 
Katakanlah
(wahai Muhammad): Marilah aku bacakan (untuk kamu) perkara yang telah
diharamkan oleh Tuhan kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan Allah dengan
sesuatupun
.

إن الله لا يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشا ومن يشرك بالله فقد افترى إثما عظيما 

( النساء : 48) 

Sesungguhnya
Allah tidak akan mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia
dan Dia mengampuni dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang
dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang yang mempersekutukan Allah, maka
sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.
 

BAHAGIAN SYIRIK

  • SYIRIK JALI (syirik yang nyata)
mempercayai
adanya sesuatu yang setara dan� setanding dengan Allah Ta'ala,
kepadanya dipohon doa, kepadanya diadakan upacara penyembahan, dan
ditakuti bala bencana daripadanya.


  • SYIRIK KHAFI
(syirik yang tersembunyi).

Sesuatu kepercayaan, perkataan atau perbuatan yang menggambarkan wujud kekuasaan atau sebagainya selain Allah Ta'ala.

SENARAI AMALAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI

  1. Mempercayai sesuatu yang menjadi sebab baik atau buruk.
  2. Menaruh perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu selain daripada Allah.
  3. Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain daripada Allah.
  4. Melakukan pemujaan
  5. Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada Allah.
  6. Mengatakan: "Kalau tidak kerana pertolongan Allah dan pertolongan si polan dan si polan, tentulah tidak akan berjaya
  7. Melakukan
    sesuatu ibadat atau daya usaha pengorbanan atau perjuangan bukan kerana
    perintah Allah semata-mata tetapi juga untuk kepentingan yang lain
    .
SYIRIK BAHAYA DAN KESANNYA DALAM

KEHIDUPAN MANUSIA

  1. Rosak Akidah
  2. Penghinaan Terhadap Kemanusiaan
  3. Sarang Tahyul
  4. Kezaliman Terhadap Kebenaran Dan Diri Sendiri
  5. Sumber Ketakutan
Firman Allah

Barangsiapa
Mengharap Perjumpaan Dengan Tuhannya, Maka Hendaklah Ia Mengerjakan
Amal Salih, Dan Janganlah Ia Mempersekutukan Seorang Pun Dalam Beribadat
Kepada Tuhannya. (Al-Kahfi:10)