Isnin, 13 Oktober 2014

tanda-tanda lain terdapatnya gangguan jin di dalam rumah:

tanda-tanda lain terdapatnya gangguan jin di dalam rumah:
1.Anda selalu rasa tak tenteram bila berada dalam rumah...dan anda sendiri tak tahu apa sebabnya...
2.Bagi orang yang lemah semangat...ia merasa takut berseorangan dalam rumah...tanpa sebab yang munasabah...
3.Selalu terjadi pertengkaran...pergaduhan...atau perasaan benci membenci dalam kalangan serumah......perkara kecil pun boleh membawa kepada pertengkaran besar...malah mungkin juga dendam kesumat...
4.Selalu ada orang sakit dalam rumah...samada orang yang sama atau berganti-ganti...samada orang tua...dewasa...atau kanak-kanak......dan penyakitnya ada gejala yang boleh mengaitkan ia dengan gangguan jin...
5.Rumah itu cepat 'berhantu' jika ditinggalkan kosong ...iaitu mungkin ada bunyi-bunyi ganjil atau kegiatan seperti ada manusia di dalam rumah itu...malah mungkin suara memanggil orang yang lalu di depan rumah......atau jelmaan-jelmaan jin samada secara jelas...atau bayang serta kelibat-kelibat makhluk aneh......atau mungkin orang yang melintas akan nampak 'seseorang' yang berdiri di jendela...dan sebagainya...
6.Malah jika lebih berat...semasa didiami manusia pun...berbagai perkara ganjil berlaku...seperti suara berbisik...berbual-bual...atau berbagai bunyi asing seperti bunyi pintu terbuka...tertutup...bunyi orang melangkah dan sebagainya terutamanya diwaktu malam...
7.Ada pada bahagian tertentu dalam rumah itu di mana anda merasa panas...terhidu bau busuk atau bau aneh...merasa seram tanpa sebab...malah kadang-kadang sakit atau merasa serangan benda halus ketika anda melintas...atau berada pada tempat berkenaan......ia sangat jelas jika dalam rumah itu ada tempat khas seperti bilik contohnya...yang menjadi tempat pemujaan jin...walau apa pun tujuannya......atau menjadi tempat simpanan sesuatu benda sihir iaitu apa saja benda yang didampingi atau dijaga jin...contohnya tangkal...senjata lama...batu...kayu...cincin dan sebagainya...
...kadang-kadang bilik yang berkunci tiada orang...tiba-tiba kelihatan terang benderang dari luar seolah-olah lampu dipasang dan ada bunyi atau suara ganjil...
8.Ada kanak-kanak yang selalu kencing malam...walaupun berbagai ikhtiar dibuat untuk mencegah nya...suka berbuat nakal dan selalu mimpi aneh atau mengigau...dan sebagainya...
9.Anda sukar tidur diwaktu malam...rasa resah gelisah tanpa sebab...atau selalu terjaga diwaktu malam......atau ada juga orang yang merasa ramai 'orang' dalam bilik menumpang dan menemaninya tidur...
10.Kalau orang luar yang berdamping atau didampingi jin masuk ke dalam rumah...ia mungkin merasa pening...gelisah...takut...malah ada juga yang jatuh sakit tiba-tiba......atau pitam...atau rasa diserang sesuatu yang tidak ke-
lihatan...
11.Isi rumah merasa sukar mengerjakan ketaatan...terutamanya mengerjakan solat...
12.Timbul berbagai masalah antara suami isteri...seperti selalu bertengkar...cemburu buta...atau yang sering terjadi...marah tak tentu pasal pada pasangan...
13.Selalu ada kelibat bayang hitam melintas pada panda ngan ekor mata...atau mungkin juga jelmaan-jelmaan aneh...

JENIS SIHIR

Tanda-tanda sihir pukau..

1).Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.

2).Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
3).Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
4).Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
5).Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
6).Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
7).Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
8).Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
9).Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.

PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:
Hembusan asap rokok.
Tenungan mata.
Perbualan.
Minuman
Handphone (percakapan dan sms).
Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.

PUNCA SIHIR:
Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
Putus pertunangan.
Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
Rebutan harta pusaka.
Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
Mencuba kehebatan ilmu.
Mendapatkan keuntungan duniawi.

MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:
-Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
-Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
-Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
-Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
-Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
-Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
-Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
-Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
-Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.

Jumaat, 10 Oktober 2014

RAWATAN

KHAMIS
JUMAAT
SABTU

JAM 8.30 MALAM

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI : 019 5190089