Khamis, 18 Disember 2014

rawatan islam perlis

Assalamualaikum.
Untuk maklumat semua Pusat Rawatan Islam Ehsan At Thobibi membuat rawatan seperti berikut:
Tarikh : 18-19-20 Disember 2014.
Hari : khamis jumaat sabtu sahaja
Masa : 08.30 Malam - 11.30 Malam.
Tempat : Di No 23 Bawah, Jalan Sena Indah, Taman Sena Indah, 01000 Kangar perlis.
(belakang agro bazar fama, bersebelahan sena cafe)
Bagi yang ingin mendapatkan Rawatan boleh la SMS Nama / hubungi ke 0195190089

Ahad, 7 Disember 2014

Khidmat rawatan :

Kaedah Pengubatan Islam merupakan satu cabang usaha pesakit dalam mencari kesembuhan penyakit yang sedang dialami. Walaubagaimanapun, ia bukanlah bertujuan untuk mengambil alih peranan rawatan moden. Malah ia juga bukanlah untuk rawatan penyakit yang berpunca dari Makhluk Halus semata– semata. Pengubatan Islam adalah suatu kaedah yang berasaskan wahyu Ilahi yang diturunkan melalui al-Quran dan as- Sunnah. Ia juga bertemakan amalan as- Salafussoleh, Ahluz- Zikr dan pengalaman ahli pengubatan Islam yang muktabar.
Pengubatan Islam sekali-sekali tidak boleh dicampur-adukkan diantara yang halal dan haram. Ia juga menolak secara keseluruhan kaedah yang berunsur syirik. Tambahan pula ianya merupakan satu ibadah bagi setiap Mu’min yang mencari keredhaan Allah s.w.t. Setiap Mu’min disuruh untuk berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihidapi. Penyakit juga suatu penghapus dosa dan mati di dalamnya membawa hati yang sejahtera di sisi Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t :
وَنُنَـزِّلَ مِنَ الْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفآءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ  وَلاَ يَزِيْدُ الظَّالِمِينَ إِلاَّ خَسَاراً.
“ Dan Kami turunkan daripada al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang –orang yang zalim selain kerugian.”
                                                                                                            ( Surah al-Isra’ : 82 )
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً – رواه البخاري –
 Mafhumnya : Rasulullah s.a.w bersabda: “ Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya.”
( Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari )
Kami PUSAT RAWATAN ISLAM EHSAN AT THOBIBI hanya berikhtiar untuk membantu, ada usaha kami dan doa-doa kami yang dimakbulkan da nada juga yang Allah s.w.t tangguhkan. Yang paling penting kita semua berikhtiar bersungguh – sungguh dengan ikhlas kerana Allah s.w.t

Isnin, 1 Disember 2014

Rawatan islam PERDANA DI MATIN -MAHAAD TAHFIZ IMAM AN NAWAWI bersama (ustaz shamsuri shafie ) exco Gappima

Assalamualaikum wbt,
Kepada MASYARAKAT PERLIS !!!
Temui Al Fadhil Ustaz Dato'Shamsuri Shafie Dan Team At Tobibi
dalam Program Rawatan Perdana di PERLIS.
Tarik: 13/12/2014 Hari SABTU
Tempat: MA'HAD TAHFIZ AL-QURAN AL- IMAM AN- NAWAWI,
PERLIS, KAMPUNG ABI PADANG MACHANG
01000 KANGAR PERLIS.

Masa: 9.00 pagi-3.30 petang.
Sebarkan