Sabtu, 13 Oktober 2018

9 JENIS SIHIR

9 JENIS  SIHIR
__________________________

1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri):
Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah:
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul:
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif:
Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit):
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif:
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta’til tawaj:
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.

Rujukan kitab#Sheikhwahidsalambali
📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍
PUSAT RAWATAN ISLAM EHSAN

NO 23 BAWAH JALAN SENA INDAH, TAMAN SENA INDAH 01000 KANGAR PERLIS BELAKANG KEDAI AGRO BAZAAR FAMA

TEMUJANJI SAHAJA WASAP WWW.WASAP.MY/60195190089










TANDA GANGGUAN MAKHLUK HALUS












Ahad, 26 Ogos 2018

DOA PENYAKIT ANGIN AHMAR

DOA PENYAKIT ANGIN AHMAR

Bersabda Nabi S.A.W. Bahawa barang siapa
Membaca doa strok. Doa Rihul Ahmar walau sekali dalam seumur
Hidupnya, Maka akan dijauhkan dari penyakit ANGIN AHMAR atau STROK :

Doa merawat angin ahmar dan penyakit kronik.

اللهم إني أعوذبك من الريح الأحمر والدم الأسود والداء الأكبر

Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar.

Ertinya...

Ya Allah Tuhanku lindungi aku dari angin merah & lindungi aku dari darah hitam (strok) & dan dari penyakit berat.

Aaminn...

#amal #klik #share

Sabtu, 28 Julai 2018

SIHIR PERNIAGAAN

[ TANDA TANDA SIHIR PERNIAGAAN]



1. Kedai menjadi suram
2. Lauk cepat basi
3. Kedai berbau busuk
4. Kedai dikatakan tutup walaupun beroperasi seperti biasa.
5. Pekerja utama / tukang masak mengadu diganggu
6. Taukey mula berangin, malas dan takda mood nak ke kedai
7. Benda Asing pada makanan pelanggan
8, Gelas pecah tiba2
9. Ada taburan tanah diluar kedai
10. Boos mula sakit sakit misteri
11.Terjumpa kaca dalam Stok makanan

Untuk Mendapatkan Rawatan Premis perniagaan

Boleh buat Temujanji
Wasap ke www.wasap.my/60195190089/rawatanpremisperniagaan

#RawatsebelummenjadiParah #rawatanPremisperniagaan #Perlis #sihir #kangar #Dl

Khamis, 31 Mei 2018

info

KETAHUILAH.... bukan menakutkan tetapi Ilmu hitam, ilmu guna2 (Santau) batuk yg berlarutan/sesak nafas yg tidak ada sebab, slalu dihantui rasa pelik pendamping misteri(gangguan Makhluk halus) yg mungkin sudah terkena pada diri anda...
TANDA-TANDA GANGGUAN MISTERI YG MUNGKIN BERLAKU PADA ANDA..
Ikhtiarkanlah dan berdoalah Semoga Allah SWT memberikan jalan dan petunjuk utk anda..
InsyaAllah kami cuba bantu anda apa yg terdaya...
http://pusatrawatanislamehsan.blogspot.my/
a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:
●Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
●Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
●Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
●Mimpi buruk yang menakutkan.
●Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
●Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
●Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
●Berdiri dan berjalan ketika tidur.
●Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
●Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
●Mimpi melihat lembaga atau rupa yg menakutkan
●Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
●Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).
b) Tanda-tanda Ketika Jaga:
●Sering lalai daripada mengingati Allah SWT Hilang ingatan (Gila).
●Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
●Lesu dan malas.
●Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
●Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
●Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
●Lenguh sendi-sendi.
●Melihat sesuatu yang pelik.
●Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
●Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
●Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
●Jiwa lemah dan mudah mengalah.
●Selalu mengantuk.
●Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
●Mudah marah dan panas baran.
●Hilang darah. (Tekanan darah rendah)
●Agresif dan bertindak liar.
●Suka bersendirian (susah dapat pasangan yg kekal dan jodoh walaupun sdh berusaha)
Adakalannya laluan rezeki tertutup dgn adannya gangguan misteri ini dan org yg kita sayangi adakalannya dipisahkan atau sengaja dijauhkan oleh mainan gangguan halus ini akibat dari ilmu sihir dan gangguan misteri
Fikir2kanlah dan berusahalah dgn ikhtiar yg berterusan...
Semoga Allah SWT membuka jalan utk semua pembaca... yg mungkin mengalaminya.
Hari rawatan : Isnin hingga Sabtu - Ahad cuti
jam rawatan : 8.30 malam hingga 10.30 malam
==========================
Rawatan TEMUJANJI SAHAJA
==========================
tempat rawatan : pusat rawatan islam ehsan
di Pejabat Qisa travel .sdn bhd
no 23 ,bawah ,jalan sena indah ,taman sena indah ,01000,kangar perlis
( belakang kedai Agro bazar rakyat fama )
Untuk temujanji sila sms / Whatsapp / hubungi talian 019 5190089

benteng SANTAU

Benteng Santau
.
Nasihat saya, sebelum makan apa apa di kedai atau dari pemberian orang, bacalah doa ketika makan dan doa ini:
.
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
.
“Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim”
.
*Baca sekali pun dah ok sebelum makan*
.
Maksud ayat:
.
Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa,
.
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
.
Bacalah sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya.
.
(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)
Inilah ayat yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian kita, semoga kita terhindar daripada segala keburukan, kejahatan dan niat jahat makhluk. Kongsikan supaya ahli keluarga, teman dan sahabat anda dapat manfaat!
.
Lebih mujarrab jika minta izin sebelum di amalkan,Oleh itu,sesiapa yang nak beramal, silakan dan komen “izinkan saya beramal” Maka saya izinkan beramal,semoga memberi manfa’at…
.
Pusat Rawatan Islam Ehsan HQ
-Admin -

Ahad, 4 Februari 2018

Pasir puteh

PUSAT RAWATAN ISLAM EHSAN:
Sebarkan!!!

RAWATAN ISLAM PERDANA
=========================
Kampung Nara
Pasir puteh

MARKAS PAS POK NIK LAH

Assalamualaikum wbt.
Bismillahi Rahmani Rahim
Alhamdulillah bi Iznillah dan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya hingga ke saat ini masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di alam dunia ini. Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat dan ummat Islam.

Insya Allah, pusat Rawatan Islam Ehsan At-Thobibi akan mengadakan sesi rawatan Bulanan di Pusat Rawatan Islam Ehsan At-Thobibi, MARKAS PAS POK NIK LAH, Kampung Nara Cawangan pasir puteh Kelantan, seperti mana berikut:

Tarikh : 17  Febuari 2018 (Sabtu)

Tempat : Pusat Rawatan Islam Ehsan At-Thobibi
MARKAS PAS PAK NIK LAH
Cawangan kampung Nara, pasir puteh Kelantan.

Masa : 9.00 pagi Hingga - 4.00 petang

Jenis Rawatan: Scan diri ( sama ada terkena gangguan makluk halus mahupun Tidak) , masalah Gangguan Makhluk Halus, saka, sihir, santau, histeria, penyakit yang tidak dapat dikesan oleh perubatan moden, penyakit fizikal,penyakit barah, strok, khidmat nasihat dll

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan pada tarikh dan masa berkenaan, sila hubungi (www.wasap.my/60137359327) untuk membuat tempahan rawatan. Rawatan adalah terhad kepada 50 orang pesakit untuk setiap sesi rawatan sahaja.

Sila datang pada tarikh tersebut .tq