Khamis, 28 Disember 2017

SANTAU

ADAKAH ANDA DISANTAU?
KENALI JENIS-JENIS SANTAU

1) Santau makan & minum
2) Santau angin
3) Santau Tuju
4) Santau Langkah
5) Santau Batuk

Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah seperti berikut (tidak semestinya semua):

1)   Batuk yang berpanjangan (kering atau berlendir).
2)   Sakit kepala berpanjangan (seperti migraine).
3)   Demam dan/atau selsema.
4)   Hilang selera makan atau tiada rasa lapar (kerosakan deria di perut).
5)   Pedih atau mungkin senak di dalam perut (seperti gastrik).
6)   Sukar untuk bernafas, sakit dada dan/atau selalu berdebar tanpa sebab.
7)   Cepat penat, lesu atau tidak bermaya.
8)   Sakit di bahagian sendi-sendi badan seperti pinggang, tengkuk, bahu, belikat, lutut dan sebagainya.
9)   Tekak selalu rasa pahit dan/atau nafas berbau hanyir.
10) Sukar tidur malam.
11) Kerap kebas tangan dan/atau kaki.

Sekiranya tidak dikesan dan dirawat dengan segera, mangsa santau berkemungkinan akan mengalami salah satu (atau lebih)simptom-simptom yang lebih serius sebagaimana berikut:

1)  Batuk berdarah.
2)  Gangguan emosi, panas baran atau kemurungan – sehingga boleh menjadi gila.
3)  Badan menjadi kurus, kulit pucat dan semakin lemah.
4)  Hilang daya tumpuan dan ingatan.
5)  Penyakit kulit seperti gatal, ruam dan kudis.
6)  Mata menjadi kuning serta jari tangan dan kaki kehitaman.
7)  Sukar untuk berjalan atau mungkin jadi lumpuh dari pinggang ke bawah.
8)  Kerosakan organ dalaman seperti jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, rahim dan sebagainya yang akan menjadi semakin kronik (seperti radang, ketumbuhan atau kanser) dan akhirnya membawa maut.

Rujuk:

Pusat rawatan islam ehsan
Kangar perlis

0195190089